Wednesday, August 24, 2011

Dam Dam Dum Bunyi Mercun

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"

Tiba lagi detik yang kita nanti-nantikan iaitu hari segalanya adalah baru dan berseri-seri. Kuih-muih, rondeng daging dan ayam mengelembu dan berkokok minta disantap, lemang lemak berkrim, pelbagai kuih yang sangat "eye-appeal" tunggu masa untuk dicicipi..woahh sebulan punya diet sihat bakal terkandas dek sajian meriah lebaran yang sehari.....ouhhh dan ketupat yang seketul memang tak pernah cukup kalau pekena lawannya kuah kacang!!!! pergh marvelosso I tell U!!!

Sebelum lebeh banyak merepek meraban, first of all this big haired curly meggi tomyam girl would like to seek forgiveness dari umbun-umbun hingga hujung jari jemari kaki jika ada terkasar bahasa, buat tantrum tak tentu hala, muncung sedepa "reaksi muka normal",terpukul mana-mana tubuh body atau pokoknya megguris hati anda sekalian. Ampun dan maaf atas SEGALA kekhilafan diri yang tak pernah sempurna ini dan tak lekang dari salah dan silap.

Syukur alhamdulilah dapat lagi merasai kenikmatan bersahur dan berbuka bersama orang-orang yang disayangi untuk kesekian kalinya. Alhamdulilah dan syukor ke hadrat illahi, AMIIN...

Salam lebaran buat semua umat muslimin dan muslimat seantero dunia!!!!

No comments: