
Pagi-pagi motokar berpusu-pusu keluar dari rumah dan katil yang sangat empuk demi mencari rezeki untuk menyara keluarga di rumah.
Tak pernah pulak terfikir pada suatu ketika budak ini akan melakukan hal yang sama. Pagi-pagi dengan terpisat-pisat mandi, dandan diri untuk mencari pengalaman dan merasai jerih payah yang namanya alam berkerjaya.
Untung badan la jugak sebab duduk di "bumi bersejarah", maka "stuck in the jam" tu taklah rasa stress macam rasa nak hentam semua motokar dan sampai depan pintu office. Hahaha perangai takde lagi tak semenggah.
Memang macam rusa masuk kampung masa hari pertama. Apa nak buat? Macam mana nak berkonversasi dengan semua orang? Kena buli ke nanti? Kene cuci tingkap dan tandas ke?
Alhamdulilah sebab diri ini jatuh dalam kategori budak hingusan, takdelah kene benda-benda yang tak patut. Malah rasa macam syok jugak eh sebenarnya keje dalam office, pakai baju kerja macam ni, rasa coolio sekejapan.
Setakat ni, macam-macam pengalaman dapat ditimba daripada senior-senior serta bosses. Harapan dapat timba lebih banyak dan keluar jadi orang yang lebih berguna kepada negara, agama, keluarga dan masyarakat setempat serta bina keyakinan diri.
p/s: belog ini memang suka kumpul sesawang dek penulis dia selalu ketandusan idea dan penyakit M. ROFL!!!!!
1 comment:
penulis dia kerja kuat sekarang, understandable :)
Post a Comment